
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
Followers
UNTA MENJADI HAKIM
KERANA SEBIJI EPAL

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya. Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi. Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia. Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.
Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air. Ketika itu Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya. Sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar, lantas dia pun mengambil buah epal itu dan memakannya. Tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya. Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.
Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya. Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya buah epal yang dimakannya itu. Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya. Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang dimakannya itu.
Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai. Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu. Kerana rasa takut di atas kemurkaan Allah serta tuan punya pokok epal, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu. Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya. Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut. Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.
Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya. Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama 12 tahun. Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya. Di dalam hati wali itu berkata, “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”
Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai. Sejak dari hari itu tinggallah dia dia bersama wali tersebut. Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat pelbagai kerja rumah dan taat pada setiap kerja yang diberikan kepadanya. Setelah genap 12 tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.
Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya, “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat”. “Kenapa bergitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal”, bisik hati Abu Salih. Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut. Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.
Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya. Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya. Di dalam hatinya dia berkata, “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar. Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu”.
Pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya, “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab, “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya. Aku katakan dia pekak kerana dia dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa”.
Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.
Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai pemberian org tua
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguamayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikansegala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...
Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??
Buat renungan kiter semua



