HaRgaILaH MasA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SOLAT TIGA RAKAAT

| Friday |


Seorang pemuda dikenali sebagai Mamat amat tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah.
Minah boleh dikatakan cantik juga.Mamat juga tidak kalah dengan rupa yang kacak.Ngorat-punya-ngorat tersangkutlah dua hati ini.

Pak Haji Dollah bukanlah jenis memilih sangat orangnya,tambahan pulak si Mamat ini pandai mengambil hati dan suka berlakon depan Pak Haji Dollah.
Bukan main warak lagi, berkopiah di kepala Mamat.

Selepas ditetapkan hari perkahwinan pasangan itu,Mamat begitu lancar lafaz nikahnya.
Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana berkemas rumah lepas kenduri siangnya.
mamat dan Minah pun lewat juga masuk tidur.Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya,Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh.
Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh.

Oleh kerana terlewat bangun,maklumlah malam pertama, Mamat dan Minah tidak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya,Minah namun dia asyik berbaring kerana penat dan membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah,menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun iQamat dan mendirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.
Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi.

"Hai Mamat kenapa solat subuh tiga rakaat?"

Dengan lantas Mamat menjawab.

"Ia ke? tiga rakaat.Rasanya sudah cukup empat rakaat tadi," kata mamat.

Pak Haji Dollah mengucap panjang.Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya.Rupanya si Mamat tidak pernah sembahyang subuh.
Dia tak tahu yang solat subuh perlu dilakukan dua rakaat.

Wallahu A'lam..

Renung-renungkanlah..dan ambiklah ikhtibar dari cerita di atas...


Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum Lelaki

| Sunday |

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin


5 Syarat Ibrahim Adham jika mahu buat maksiat

| |

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

| |


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari
demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai
saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".
Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan,
dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan
yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan
agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW
melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi
kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau
bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum
aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah
engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang
belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu
Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di
sana", kata Aisyah r.ha.
Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan
untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi
pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a.
mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?".
Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan
orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia
datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini
mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi
terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu
ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu,
aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar
cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah
demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak
pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan
setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.


KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

| |

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama

Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan
keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli
perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan
penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus
dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya
harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta
mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus
bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa
barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia
mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya
kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya
supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata
saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan
harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini
paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba
dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa
malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan
dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus
dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu
amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap
diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang
beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga
yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya
berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam
perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap
harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya
aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu
menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam
kecuali imam Nasa'i)


BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

| |


Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala
keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya
untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga
diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan
kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada
sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi
dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk
dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja,
"Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan
mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja
menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan
tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin
menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja
itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan
jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.


BALASAN 5O KALI SETELAH MEMBERI 6 DIRHAM

| Friday |


Sebaik sahaja pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”

Fatimah menjawab: “Demi Allah, saya tidak mempunyai makanaN sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain.”

Ali berkata: “Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan.”

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan.

Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: “Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?”

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.

Ali pun bertanya: “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?”

“Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa,” kata Fatimah.

Ali menjawab: “Aku meminjamkan wang itu kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: “Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu.”

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: “Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini.”

Ali berkata: “Saya tidak mempunyai wang.”

“Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa,” kata Badwi itu.

“Berapa harganya?” tanya Ali, menunjukkan minat.

“Tidak mahal, 100 dirham sahaja,” jawab Badwi itu.

“Baiklah, saya beli,” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.

Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”

“Ya,” jawab Ali.

“Berapa?” Tanya Badwi itu.

“300 dirham,” jawab Ali.

“Baiklah saya beli,” kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: “Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?”

“Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham,” jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”

“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.

“Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?”

Ali menggeleng: “Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: “Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.

“Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail.”

Maksud al-Baqarah, ayat 261: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ….”

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawasanya ada seorang lelaki yang menginfakkan seekor unta – yang hidungnya telah diberi tali – di jalan Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya.


Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

| Tuesday |

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak “Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu inginkan?” Si-sopak menjawab, “Saya ingin kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak.” Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
·
Kemudian malaikat bertanya kepada si-botak dengan pertanyaan yang sama. Si-botak menjawab, “Saya ingin kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak.” Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
·
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, “Saya hendak mata saya kembali semula dan diberikan harta yang banyak.” Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi melihat dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.
·
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. ‘Si-sopak’ itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, “Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu.” Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.
·
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.
·
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, “Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini.” Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.
·
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang semula.


Moral & Iktibar

1. Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur.
2. Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah.
3. Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan.
4. Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur.
5. Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah.
6. Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya.
7. Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.


Kisah cinta seorang wanita kepada Allah

| Saturday |


Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita di muka bumi Allah yang agung ini adalah wanita yang solehah. Tiada lelaki yang tidak mahukan seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya memiliki ciri-ciri wanita solehah.

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.

Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.

Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.

Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.

Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah)”.

Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.

Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.

Dari kisah ini apa yang dapat disampaikan adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan agamaNya akan terselamat dari siksaan api di dunia mahupun api neraka di akhirat kelak. Jadi mari sama-sama kita muhasabah diri di manakah kedudukan kita di sisi Allah kini? Apakah kita ada perasaan seperti wanita tersebut yang begitu cintakan Allah? Sama-sama kita renungkan.


Related Posts with Thumbnails

Jom Kongsi Link


TaLiaN HaYat

SiLaTuRaHiM

JoM KeCoH

My GrOup

blogger sarawak logo

AWARD DARI EDDY