
Ada 3 macam rumah,
Pertama Rumah raja,di dalamnya ada simpanannya,tabungannya serta perhiasannya.
Kedua Rumah hamba, di dalamnya ada simpanan,tabungan & perhiasan yang tidak seperti yang dimiliki seorang raja.
Dan ketiga adalah Rumah kosong,tidak ada isinya.Jika datang seorang pencuri,rumah mana yang akan dimasukinya?
Apabila anda menjawab,ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yang tidak masuk akal,
kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya.kerana itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu,bahawa ada orang-orang Yahudi mengklaim bahawa di dalam solat,mereka 'tidak pernah terganggu',Maka Ibnu Abbas berkata:
"Apakah yang boleh dikerjakan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?"
Bila jawapan anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil,
kerana tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera,sehingga pencuri tidak dapat mendekatinya.
Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera senantiasa siap sedia di sekitar raja?
Sekarang tinggal rumah ketiga,maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya,
dan menganalogikannya (rumah) dengan hati,kerana inilah yang dimaksudkannya.Hati yang kosong dari kebajikan,yaitu hati orang-orang kafir dan munafik,adalah rumah syaitan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya.Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan syaitan,simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).
Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya,penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya,Syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya,apa yang akan dicurinya? (rumah pertama).
Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah,mengerti tentang Allah,mencintaiNya,dan beriman kepadaNya,serta membenarkan janjiNya,Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk,hawa nafsu dan tabiat tidak baik.Hati ini ada di antara dua hal.Kadang hatinya cenderung kepada keimanan,ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata,dan kadang condong kepada panggilan syaitan,hawa nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua)
Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;
"Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana."
(Ali Imran:126)
Syaitan tidak boleh mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya,yang dengannya ia masuk dalam hati.Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yang berupa syahwat,syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati.
Saat memasukinya,syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati.Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut,dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya,maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata-mata.
Wallahu A'lam...
Followers
*** Hati ibarat Rumah ***
tips membersihkan jiwa

Assalamualaikum ,
Di sini adalah antara 50 tips membersihkan jiwa
Bersyukur apabila mendapat nikmat.
Sabar apabila mendapat kesulitan.
Tawakal apabila mempunyai rencana/ program/rancangan
Ikhlas dalam segala amal perbuatan
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
Jangan putus -asa dalam menghadapi kesulitan.
Jangan terasa rendah dengan kekayaan orang lain.
Jangan hasad dengki dengan kejayaan orang.
Jangan sombong jika memperoleh kejayaan.
Jangan tamak kepada harta dunia.
Jangan terlalu bongkak dengan pangkat/kedudukan diri.
Jangan hancurkerana kezaliman.
Jangan goyah dengan fitnah.
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
Jangan dekati harta yang haram.
Jangan sakiti ibu bapa.
Jangan usir orang yang meminta.
Jangan sakiti anak yatim.
Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar mahupun yang kecil.
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
Banyakkan kunjungan ke rumah Allah (masjid)
Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
Lakukan solat fardhu di awal waktu, sebaik2nya berjamaah di masjid.
Biasakan diri bersolat waktu malam.
Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
Lakukan puasa wajid dan puasa sunat.
Sayangi dan sopan santun terhadap fakir miskin.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
Jangan marah berlebih-lebihan( panas baran )
Cintailah seseorang kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan.
Bersatulah kerana Allah dan Berpisahlah kerana Allah.
Berlatih supaya konsentrasi fikiran ( tumpuan - tidak hayal )
Tepati janji jika berjanji dan minta maaf jika sesuatu itu tidak dapat dipenuhi.
Jangan bermusuhan kecuali dengan syaitan dan iblis.
Jangan percayai ramalan manusia.
Jangan terlampau takut pada kemiskinan.
Hormati setiap orang ( tua atau yang muda )
Jangan terlampau takut pada manusia.
Jangan sombong , takabbur dan besar kepala (degil)
Berlaku adil dalam segala urusan.
Banyakkan beristighfar dan taubat kepada Allah.
Bersihkan rumah daripada patung2 berhala/ patung2 hiasan.
Hiasilah rumah dengan ayat2 Al-Quran yang suci.
Perbanyakkan silatul-rahim .
Tutup aurat bersesuaian dengan petunjuk Islam.
Elakkan bermusuhan
Berbicara secara aman.
Beristeri/bersuami jika cukup mampu dan bersedia.
hargai waktu, disiplin diri dan manfaatkan waktu.
Amalkanlah sebaik-baik mungkin.......
insyaallah hidup kita di dunia dapat dimanfaatkan sepenuhnya..............
Wassalam
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang
sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di
waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca
mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."
Renung-renungkanlah...selamat beramal;)




