Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum yang unta itu milik orang Yahudi dan memutuskan untuk memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebinggungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menadah tangannya ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.
Followers
UNTA MENJADI HAKIM
Posted by
syabab daif
|
Thursday
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
teringat baca citer ni masa kecik2 dulu..suka sangat!!
entry yang bagus
salam..Ya Allah..betapa besarnye ganjaran selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
islamic!
sesunggunya Allah s.w.t MAHA MENGETAHUI .
mubarakkk~ :)
besarnya kelebihan berselawat ke atas nabi
bagus2 entry kat sini ;) keep it up!
begitulah besarnya kelebihan berselawat.. subhanallah..
insyaAllah akan diamalkan selalu :)
byk btol kelebihan berselawat..
:P
bagus entry kamu nie.. unta tu pon comey... :P
* masih menunggu unta yang dipesan dari mesir T_T
berselawat ke atas Nabi..
moga syafaatnya bakal kita perolehi di hari muka..insyaAllah..
Post a Comment