HaRgaILaH MasA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

| Sunday |

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama

Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan
keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli
perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan
penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus
dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya
harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta
mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus
bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa
barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia
mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya
kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya
supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata
saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan
harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini
paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba
dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar,
berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa
malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan
dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus
dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu
amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap
diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang
beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga
yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya
berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam
perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap
harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya
aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu
menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam
kecuali imam Nasa'i)


3 comments:

NER said...

ya Allah..baik nya penjual tu..jujur dalam perniagaan..smuga semua di malaysia pun camni

noreed said...

susah nak cari peniaga yang jujur macam ni skrang. anyway thanks for sharing citer tauladan ni :)

Unknown said...

alhamdulillah mkasih atas nasehatny :)

Related Posts with Thumbnails

Jom Kongsi Link


TaLiaN HaYat

SiLaTuRaHiM

JoM KeCoH

My GrOup

blogger sarawak logo

AWARD DARI EDDY